Monday, 26 December 2011

Badminton Terbuka Pasir Gudang

Salam semua...

15hb. Januari 2012, kelab kami akan mengadakan Kejohanan Badminton Terbuka Pasir Gudang di Dewan Badminton Cleverland, Bandar Seri Alam.Penyertaan terbuka kepada semua pemain badminton yang menetap di Malaysia.

Majulah Sukan Untuk Negara..

Salam...

Sunday, 24 April 2011

NOTIFICATION - BIRTHDAY

Salam...

25-April-2011 adalah Hari Kelahiran Pengerusi UMNO Cawangan Taman Flora Heights dan juga Presiden Kelab Bulu Tangkis Flora Heights. Harap-harap ada open table... Tak gitu Tuan Presiden...

Panjang Umurnya...
Panjang Umurnya...
Panjang Umurnya Serta Mulia...
Serta Muuuliiiiiaaaa....
Amin...

Wassalam

Friday, 8 April 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN / FRIENDLY MATCH

Salam...

Perlawanan Persahabatan Untuk Bulan April.
1. Team Tasek, Bandar Seri Alam pada 9hb. bertempat di Dewan Thunderflash Plentong.

2. Team Habibilah, Taman Johor Jaya pada 18hb. bertempat di Dewan Johor Jaya.

Jadual perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Wassalam...

Thursday, 3 March 2011

NOTIFICATION - FAREWELL

As-salam...

Bulan Mac merupakan bulan terakhir untuk Setiausaha kami En.Zuhairi di Taman Flora Heights kerana beliau akan bertugas di tempat yang baru selepas ini.

Selamat Maju Jaya untuk beliau.

FRIENDLY MATCH

As-salam...

Perlawanan seterusnya dalam Siri Jelajah Badminton Persahabatan KBTTFH.

Kelab : Team Guru-guru yang dianggotai oleh Cikgu Roszaini (lelaki)
Tempat : Dewan Badminton Thunderflash
Tarikh : 8 Mac 2011
Masa : 9.30 malam

Kami akan menjadi tuan rumah pada perlawanan ini.

Harap maklum.

Wassalam.

Thursday, 24 February 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN / FRIENDLY MATCH

Salam...

Perlawanan Persahabatan Kedua Menentang Team Dari Taman Sri Amar.

Tarikh : 08-Mac-2011
Tempat : Dewan Badminton Thunderflash, Plentong
Masa : 10 malam.
Pemain Yang Dijangka Diturunkan : Yahya, Sham, Hanifan, Halim, Nor, Fai, Amin, Awi, Abe Mat, Yo, Pak Mat, Cik Zul, Zali, Zuhairi, Baharom, Salleh, Malek, Rosli

Pada kali ini kali menjadi tuan rumah.

MAJULAH SUKAN.

Wassalam.

PERLAWANAN PERSAHABATAN INI TELAH DIBATALKAN OLEH PIHAK LAWAN ATAS SEBAB-SEBAB YANG TAK DAPAT DIELAKKAN. WALAU BAGAIMANAPUN, KAMI TELAH MENGATURKAN SATU LAGI PERLAWANAN PERSAHABATAN PADA TARIKH TERSEBUT. KAMI AKAN MENGUMUMKANNYA SEDIKIT MASA LAGI. HARAP MAKLUM. 

Friday, 18 February 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN / FRIENDLY MATCH

Perlawanan persahabatan menentang Permata Kelab dari Tiram.
Tarikh : 18 Februari 2011
Tempat : Dewan Badminton CNI Ulu Tiram
Jam : 10 malam

Ini merupakan perlawanan persahabatan timbal balik dimana kami menjadi tuan rumah kepada kelab ini pada perlawanan yang pertama.